CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 03, 2009

Jawapan Untuk Abdullah @ shout box

Assalamualaikum....

First of all sham as a group leader ALL One nak ucapkan terima kasih yang teramat sgt pada hamba Allah (Abdullah) yg berani bertanya kepada ALL One khususnya....
Boleh baca persoalan yang di kemukan kepada kami melalui shout box kami...tapi sayang kita x tau sapa2 hamba Allah yang menulis...apa2 pun kami ALL One akan menjawab soalan tersebut...


3 Jun 09, 16:57abdullah: apa2 pown..moge2 korang dimudahkan allah dlm semua hal..amien
3 Jun 09, 16:56abdullah: wallahualam..mintak maaf klu terguris..
3 Jun 09, 16:56abdullah: slm,bkn niat nak kecikkan hati sesapa..just my view..klu all-one x kejar populariti dan ikhlas dlm dakwah korang,then why korang asyik mintak korang diundi???


Ini adalah jawapan peribadi sham , dan pernah juga beberapa kali kami bincangkan bersama...mungkin lepas ni kalau ada mana2 anggota all one akan respon sham akan tulis smula....

Tentang undi tu first sebab format rancangan tu mmg pakai sistem undi so sham rasa x salah kalau kami minta di undi...lagipun hak undi tu terpulang pada individu masing2..apa la salahnya mengundi pada rancangan2 seperti lagu2 kami di calonkan...maksud saya rancangan yang bercorak keagamaan dan di harap dpt membina rohani kita semua sbg umat islam..sham x nak sentuh berapa byk org2 kita undi untuk rancangan2 yang lain yang sham x nak bincangkan dkt blog all one ni...Mungkin ini salah satu cara pendengar2 kat luar sana membantu Munsyid tanahair untuk terus menyampaikan kebaikan melalui lagu2 mereka...Betul x? :)

Sebenarnya kami All one sgt le kerdil dalam industri nasyid ni..terus terang kami katakan persembahan kami untuk mengajak kepada pekara kebaikan melalui lagu2 kami amatlah terbatas dan sampai kdg2 kami langsung x ada persembahan untuk untuk beberapa ketika...bukan kami demand atau sebagainya tetapi kurangnya org ramai mengenali kami... Bila kami x di kenali dengan cara mana lagi kami nak menyampaikan mesej2 di dalam lagu2 kami...
undian tu pun sebenarnya adalah salah satu cara pendengar2 dan penonton2 di luar sana membantu kami untuk lebih di kenali..kan besar pahalanya tu membantu munsyid supaya lebih di kenali. Apabila kami lebih di kenali kan lebih mudah untuk kami menyampaikan mesej2 dakwah yang terkandung di dalam lagu2 kami...Lagipun masyarakat kita hari ini itulah cara yang paling hampir dengan semua org iaitu Radio & TV..

Kehadiraan kami2 munsyid tanahair ni sebenarnya membawa misi yang sgt2 besar...kalau sesiapa yang pernah belajar Harakat Hadamah (gerakan pemusnah) , sebenarnya pelbagai cara yang di rancang oleh org2 yahudi dan kafir untuk memusnahkan org2 islam. dan salah satu cabangnya ialah melalui HIBURAN...jadi kami munsyid2 ni hadir dengan salah satu alternatif hiburan yang mengajak kepada tuhan dan kembali kepada agama..sedar x sedar kita hari ni dah di lambakkan dengan pelbagai hiburan samaada saduran dari barat atau yang di ilhamkan sendiri oleh org2 kita...x perlu sham mentionkan di sini apa2 nama program sebab akan menyentuh sensitiviti pelbagai pihak...Jadi apalah salahnya kita menyokong kehadiran hiburan islami kita yang x berapa kerat sgt ni pun

Berbalik kepada ALL One ,kalau kita melihat senario industri kita hari ini semuanya perlu kepada pengenalan dan siapa kami...kalau ALL One hanya setakat masuk carta dan dan terus keluar kami mungkin x di kenali dan terus tenggelam dalam industri yang semakin merundum hari ni..bukan niat kami untuk berbangga kerana menggungguli carta dan sebagainya...tetapi cukuplah sekadar org ramai menyedari adanya kumpulan kami ni...kalau kami pun terus tenggelam dgn keadaan industri yang semakin suram ni..mcm mana kami nak teruskan menyampaikan kebaikan melalui lagu2 kami...

Mungkin ada sesetengah org berpendapat kami mengejar populariti apabila minta di undi...tetapi hakikatnya kami cuma mahu di kenali supaya lebih mudah untuk kami merealisasikan tanggungjawab yang kami pikul bersama..Realitinya kami cuba untuk menggunakan platform nasyid sebagai satu sumbangan kami kepada agama dan juga bangsa...dan apabila wujudnya Carta Nasyid di IKIM.fm dan NMI terbitan Jakim maka kami menggunakan medium yang tersedia dengan sebaik mungkin...

Kenapa kami menggunakan medium tersebut untuk di kenali?

Untuk pengetahuan semua All One bernaung di bawah label NSR Sdn Bhd. seperti semua sedia maklum NSR di punyai oleh Mr Gan & Malay department di terajui oleh Mr Anthony Ho. Sham bukan nak mengecilkan keupayaan mereka dalam mengendalikan kami kumpulan ALL One..tetapi di dalam urusan berkaitan keagamaan dan hal ehwal kumpulan kami ada baiknya kami yg uruskan sendiri di samping Manager dan pihak pengurusan kami...so soal nak mempromosikan ALL One, 100% all one dan manager yang uruskan selain drpd yang di uruskan NSR untuk acara formal...pihak pengurusan kami (Loudroom Entertainment) bukanlah segah Hijjaz Records atau Inteam Records yang 100% muslim dan bertahun2 dalam mengendalikan events dan artis2 nasyid. Jadi apalah salahnya kami menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin..supaya kami x le di labelkan sebagai kufur nikmat pulak nanti....

Lagipun lagu2 seperti kami ni bukan senang2 nak masuk TV @ Radio selain yang betul2 menyokong kami. Selagi kami x di kenali, selagi itulah lagu2 & mesej2 kami x akan sampai kepada pndengar2 & penonton yang tidak mendengar radio2 & saluran yang bermotifkan keagamaan, ketuhanan dan sebagainya...Besarlah harapan kami supaya kami di terima di semua radio2 dan semua saluran supaya lebih mudah untuk kami menyampaikan amanah Allah di muka bumi ini...Sama2 doakan dan menyokong kami dan munsyid2 tanah air! Takbir! Allahu akbar!!!

Kenapa kita selalu memikirkan pekara yang remeh temeh semata2 untuk menaikkan industri nasyid kita sendiri...sedangkan tentang hal2 lain kadang2 kita tnpa perlu byk soal dan dan pertikaian dan kadang tanpa perlu di minta, terus je menyokong...hal2 lain tu pandai2lah pembaca semua nilai2kan dan renung2kan....Sham sgt mengharap kita semua terus menyokong semua munsyid2 bukan setakat all one untuk terus berada dalam industri dan supaya kami semua istiqamah dalam menyampaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran..

terima kasih atas persoalan...kami sgt2 mengharap teguran dari semua supaya kami dpt memperbaiki segala kelemahan diri kami..


Wallahu a'lam..

p/s: Kami pun manusia biasa yang x lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan..

* jwpan kat sini x berunsur sakit hati , terguris dan sbagainya..kami nak di kenali kat sini pun x bemaksud kami nak popular..kalau kami nak popular mcm2 isu kami boleh create supaya kami tiba2 di kenali...

2 comments:

D'Rimba said...

Jangan lupa hadir di Rumah Pena malam ini 6 Jun 8 malam ada persembahan lagu Melayu asli daripada kumpulan anak muda bergelar Dewangga Sakti. Jumpa di sana ya.

2Tone Studio & Loudroom said...

isu mcm nie senang je sbnrnye..
mcm mana pun, tpulang la individu nk undi x.. klu rasa nk support/tolong artis local Malaysia sendri ape slhnya..
nk jd artis kt Msia ni bknnye senang.. susah sbrnye nk dpt support dr org Msia sendri.. sedangkan artis luar mudah aje diperkenalkn.. jd, pertahankan lah industri nasyid kite sendri sblm di jajah.. TQ..